Wednesday, 13 February 2013

Tip Sebelum Membeli Smartphone dan Tab

1. Harga:              Bergantung dengan kemampuan yang kita ada untuk membeli sama ada yang mahal ataupun yang murah. Jangan membeli produk pada waktu ia baru dikeluarkan. Beli selepas beberapa bulan, biasanya harga akan turun.

2. Jenama:           Pastikan anda membeli produk yang berjenama seperti Apple, Samsung, HTC, Sony, Motorola dan lain-lain. Sekiranya anda ingin membeli produk yang bukan berjenama pastikan ada waranti sekurang-kurangnya kalau rosak boleh hantar untuk dibaiki.

3.  Processor/CPU:            Buat masa sekarang terdapat 3 jenis Processor yang ada iaitu Single Processor, Dual Core Processor dan Quad Core Processor. Sekiranya anda penggemar video game, video editing Processor jenis Quad Core dan Dual Core adalah yang sesuai. Jika tidak Single Core pun sudah memadai untuk melayari internet dan membuat panggilan.

4. RAM:                Adalah tempat penyimpanan data sementara dan tidak kekal. Lagi besar RAM semakin banyak data atau aplikasi yang boleh dijalankan dalam satu masa. RAM yang besar dapat mengurangkan risiko Hang (jika saya tidak silap lah, hihi :)).

5. Storage Saiz:    Anda boleh memilih saiz Storage yang anda inginkan. Biasanya Smartphone terkini akan menyediakan Memori dalaman dari 4gb hingga 64gb. Terpulang kepada anda, kalau tidak cukup tambah lagi dengan Memori Luaran (MicroSD). Kalau guna MicroSD External boleh buat backup data.

6.   Kamera:     Bagi penggemar bergambar bolehlah memilih Smartphone yang mempunyai Kamera MegaPixel yang tinggi. Jika tidak Smartphone 5 Megapixel pun sudah mencukupi buat anda untuk mengambil gambar.

7. Bateri:      Kapasiti Bateri juga amat penting kerana jika smartphone anda bersaiz besar dan menggunakan spesifikasi yang tinggi ia memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Kalau mau extra power ( Boleh guna Power Bank :))
8.Kesimpulannya: Walaubagaimanapun, membelilah mengikut kemampuan masing-masing. Jika ada wang lebih belilah yang mahal. Jangan sampai berhutang pula demi untuk memiliki Smartphone yang canggih, :). Ini hanya sebagai panduan dan info untuk anda sebelum membeli Smartphone, jika ada yang tersalah sila abaikan dan tidak perlu komen :). Just kongsi pengalaman sahaja.

No comments:

Post a Comment