Sunday, 17 February 2013
Info Untuk Update Samsung Galaxy S2 ke Jelly Bean
Kepada pengguna Samsung Galaxy S2 Versi GT-I9100G, anda boleh update versi anroid kepada Jelly Bean 4.1.2 secara manual melalui alamat berikut: http://www.ibtimes.com/android-412-jelly-bean-update-available-samsung-galaxy-s2-gt-i9100g-how-install-it-tutorial-1073860. Ini update yang official. Ikut sahaja arahan yang diberikan. Selamat mencuba dan semoga berjaya. (P/S Saya sudah update sejak 3 minggu yang lepas. Setakat ni ok ja.)
Wednesday, 13 February 2013
Tip Sebelum Membeli Smartphone dan Tab
1.
Harga: Bergantung dengan kemampuan
yang kita ada untuk membeli sama ada yang mahal ataupun yang murah. Jangan
membeli produk pada waktu ia baru dikeluarkan. Beli selepas beberapa bulan, biasanya harga akan turun.
2. Jenama: Pastikan anda membeli produk yang
berjenama seperti Apple, Samsung, HTC, Sony, Motorola dan lain-lain. Sekiranya
anda ingin membeli produk yang bukan berjenama pastikan ada waranti
sekurang-kurangnya kalau rosak boleh hantar untuk dibaiki.
3. Processor/CPU: Buat masa sekarang terdapat 3 jenis
Processor yang ada iaitu Single Processor, Dual Core Processor dan Quad Core
Processor. Sekiranya anda penggemar video game, video editing Processor jenis
Quad Core dan Dual Core adalah yang sesuai. Jika tidak Single Core pun sudah memadai
untuk melayari internet dan membuat panggilan.
4.
RAM: Adalah tempat penyimpanan data
sementara dan tidak kekal. Lagi besar
RAM semakin banyak data atau aplikasi yang boleh dijalankan dalam satu masa.
RAM yang besar dapat mengurangkan risiko Hang (jika saya tidak silap lah, hihi :)).
5. Storage Saiz: Anda boleh memilih saiz Storage yang anda
inginkan. Biasanya Smartphone terkini akan menyediakan Memori dalaman dari 4gb
hingga 64gb. Terpulang kepada anda, kalau tidak cukup tambah lagi dengan Memori
Luaran (MicroSD). Kalau guna MicroSD External boleh buat backup data.
6. Kamera: Bagi penggemar bergambar bolehlah memilih Smartphone yang mempunyai Kamera MegaPixel yang tinggi. Jika tidak Smartphone 5
Megapixel pun sudah mencukupi buat anda untuk mengambil gambar.
7. Bateri: Kapasiti Bateri juga amat penting kerana jika
smartphone anda bersaiz besar dan menggunakan spesifikasi yang tinggi ia
memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Kalau mau extra power ( Boleh guna Power Bank :))
8.Kesimpulannya: Walaubagaimanapun, membelilah mengikut kemampuan
masing-masing. Jika ada wang lebih belilah yang mahal. Jangan sampai berhutang
pula demi untuk memiliki Smartphone yang canggih, :). Ini hanya sebagai panduan dan info untuk anda
sebelum membeli Smartphone, jika ada yang tersalah sila abaikan dan tidak perlu
komen :). Just kongsi pengalaman sahaja.
Friday, 1 February 2013
Samsung Galaxy Note II VS I Phone 5
I Phone 5
Perbandingan Spek
Yang mana satu pilihan anda.Kalau lihat spek Samsung Galaxy Note II lebih hebat dengan Pemproses Quad-core dan RAM 2gb. Samsung Galaxy Note II sudah pun berada di pasaran manakala IPhone 5 masih belum diketahui harga rasmi peranti tersebut. Ada yang mengatakan harganya dari sekitar RM2150 hingga RM2799. Untuk melihat perbandingan kedua-dua peranti ini dengan lebih terperinci lagi klik disini.
Subscribe to:
Posts (Atom)