Wednesday, 27 March 2013

Sebab Kenapa Perlu Beli Power Bank Yang Original



1. Power Bank Tiruan menggunakan bateri murah. Jadi jangka hayat Power Bank tersebut pun singkat. Sebab itu waranti pun singkat. Jadi jangan terkejut kalau lepas 2-3 bulan pakai dah tak boleh nak pakai lagi. Ada kes Power Bank rosak ketika di cas.

2. Power Bank Tiruan tidak mendapat pengesahan keselamatan. Tiada kawalan kualiti dari badan berwajib. Anda nak jimat RM50++, anda mungkin rugi RM1000++ jika iPhone / iPad / Tab anda rosak akibat charge guna Power Bank tiruan.

3. Power Bank Tiruan berpontensi besar merosakkan gadget anda. Papan Litar Power Bank Tiruan tidak berkualiti. Mungkin tiada penebat arus. Boleh akibatkan arus berlebihan mengalir ke dalam gadget anda. Gadget anda akan mengalami kerosakkan.

4. Kadang-kadang kapasiti yang dinyatakan tidak tepat. Beli 11000mAh, tetapi dapat 5000mAh. Anda tiada cara untuk buktikan kalau bukan pakar.

5. Anda akan pening kepala melayan kerenah Power Bank Tiruan.
Susah anda nak claim warranti sebab mana ada kilang tiruan nak mengaku dia yang bertanggungjawab buat power bank tiruan. Jadi kepada siapa anda ingin mengadu? Pekedai / Penjual selalu bagi waranti paling lama 1 bulan untuk 1 to 1 exchange dengan mereka. Selepas tempoh tersebut, pembeli perlu rujuk pengilang Power Bank Tiruan tersebut sendiri atau kena tanggung kos sendiri pulangkan ke China untuk tukar baru.


6. Power Bank kebanyakannya dibuat di China dan tidak semua barang dari China tidak berkualiti. Pastikan Power Bank yang hendak dibeli mempunyai waranti sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.

Semoga info ini berguna sebagai panduan anda sebelum membeli Power Bank.

Wednesday, 20 March 2013

Samsung Galaxy S4- Info Terkini



 Model Smartphone baharu dari Samsung, Galaxy S4. Dijangka akan berada dipasaran pada penghujung April ini. Maklumat spesifikasi gajet ini klik di sini